Or here's the content. Sorry it is in Malay language. You guys might need a translator to help you read it.
Kisah Rolla si besi buruk
JIKA kebanyakan remaja seusia Ammar Izzuddin Azmi gemarkan penulisan blog berbentuk luahan hati dan perasaan, Ammar juga tidak ketinggalan memiliki hobi sama.
Namun bezanya, hubungan peribadi yang dikisahkan dalam blog Ammar adalah mengenai kereta kesayangannya, Rolla.
Ammar, 22, membeli Rolla pada Disember 2009 dan sejak itu, kebanyakan kisah yang disampaikan dalam blognya adalah berkisar pengalaman sehari-harinya bersama kereta tersebut.
"Saya beli kereta ini pada harga RM11,000 sahaja dan keadaannya memang buruk waktu itu. Tetapi, saya mengubah suai kereta ini dengan kos RM17,000 untuk digunakan dalam sukan drift.
"Sebelum Rolla, saya membeli sebuah kereta jenis Mazda 808 tetapi saya dapati ia tidak sesuai digunakan untuk sukan ini. Oleh itu saya menjualnya selepas setahun menggunakannya," katanya yang meminati bidang automatif sejak kecil.
Menurut pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, oleh kerana Rolla sudah pun berusia 20 tahun kecenderungannya untuk rosak adalah sangat tinggi.
Justeru dia sentiasa perlu menyelenggara kereta berkenaan dengan kos yang agak tinggi.
"Untuk mengumpul wang, saya turut menggunakan kelebihan blog dengan menjual barang-barang alat ganti kenderaan terutama yang digunakan untuk sukan drift.
"Dari situ, saya dapat mengumpul wang untuk mengubah suai kereta saya," katanya yang memanggil Rolla sebagai besi buruk setiap kali kereta itu 'membuat hal'.
Katanya lagi, keretanya juga digunakan untuk penggambaran filem Kongsi yang akan menjengah pawagam tidak lama lagi.
"Banyak peristiwa menarik yang saya lalui bersama Rolla. Saya puas apabila dapat berkongsi pengalaman saya dengannya dalam blog, lebih-lebih lagi apabila dapat memberi panduan penjagaan kereta kepada mereka yang mempunyai model yang sama.
"Walaupun ada komen-komen berbaur negatif daripada pembaca yang mengatakan saya ingin menunjuk-nunjuk tetapi saya tidak mengambil serius perkara itu," katanya.
Ammar memberitahu, selain sukan drift, dia juga bergerak sebagai jurugambar bebas secara sambilan. Sebelum menyertai sukan drift, dia banyak menghadiri acara sukan berkenaan sebagai jurugambar.
"Kebanyakan gambar yang saya masukkan ke dalam blog saya ambil sendiri. Pengetahuan dalam bidang fotografi yang saya miliki memberikan kelebihan untuk saya merakam gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi dengan pembaca blog saya.
"Selain itu, saya juga tidak berasa janggal apabila pertama kali menyertai sukan drift kerana rata-rata mereka yang terlebih dahulu menyertai sukan ini sudah mengenali saya sebagai jurugambar dan melalui kereta saya," katanya.
Tambah Ammar, keretanya mudah dikenali kerana ia tampil dengan rim berwarna oren terang. Selain itu, dia juga banyak meluangkan masa berkunjung ke tapak sukan drift di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang walaupun perlu berulang-alik dari Skudai, Johor.
"Sekiranya mempunyai kelapangan, dua minggu sekali saya akan balik ke sini untuk berlumba di MARDI tetapi saya sentiasa berhubung dengan penggemar sukan ini melalui blog," katanya.
And here's the newspaper article taken from Kimi.
Currently doing some write up from a cyber cafe so timing is a bit crucial. I have tons to update but damn it I cant do shit. Anyway, would like to say thanks to Kak Lina of Kosmo! for the exposure, friends that day at MARDI, and Mok for being there.
Something to be LOL-ed, this shitty blog is on newspaper yaww! Stay tuned for next update. Anyway, Rolla's starter was 'kong' after the interview. Arghhh time for a new starter or is it the push start button that out. Hmmm.
5 comments:
cayalah bro..
good job!
pergh glamer habis bai
^^ sayngnya aku tak photogenic.
terbaik bro , sbb kosmo le mmbuat sy bace blog anda...
pun minat gak kereta2 lame ni , keta sya ke 30 , adik beradik...
=D
Hahaha.. Selamat datang ke old car site.. KE30 pun bole bikin. Barang still ada. Anyway happy reading.
Post a Comment